Search This Blog

apa itu sunscreens, apa akan terjadi kalau tak pakai sunscreens, apa yang tidak boleh ada kat ingrediant sunscreens

Hi guys and sisters. Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita sikit tentang SUNSCREENS.

Sebelum ni sis cerita dulu tentang kulit muka sis. Sis jenis kulit muka yang sensitif. Umur nak masuk 30-an ni tetiba jadi senstive skin. Sebelum ni kulit muka sis pernah berminyak then lepas tu jadi kering.

So sis dah pernah rasa dan alami OILY skin, DRY skin, dan sekarang ini SENSITIVE skin.

Bila kulit muka sis dah jadi SENSITIVE skin, skin ni jadi gedik sikit. Means, korang tak boleh pakai macam2 dan ingrediants kat skincare tu korang kena study betul2.

Apa yang paling penting tentang sunscreens ni adalah untuk menghalang sinaran panas matahari atau UV.

Apa yang AKAN TERJADI kalau korang TAK PAKAI sunscreens?

1. Sunspots. Atau bahasa lainnya kulit bertompok, dan seterusnya mengakibatkan jeragat dan mempercepatkan proses penuaan.

2. Memecahkan saluran darah dan penyebab kulit nampak kemerahan.

3. Mempercepatkan kedut (atau, wrinkles). Atau bahasa lagi mudah, lagi cepat nampak tua.

4. Sunburns. Ni parah ya.

5. Menyebabkan parut. Ni sis pun baru tahu. Tapi kita2 yang tidak mengalami photosensitive disorder tak perlu risau.

Apa yang TIDAK BOLEH ada kat ingrediant skincare untuk SENSITIVE skin especially kalau korang nak guna SUNSCREEN.

1. PEWANGI.

Make sure masa beli sunscreen korang kena ensure sunscreen tu tak ada pewangi. Sebab pewangi tu boleh menyebabkan skin korang jadi gatal2. Pastikan kat sunscreen tu ada tulis "Fragrance-free".

2. CHEMICAL SUNSCREENS

Ada 2 jenis SUNSCREENS. Mineral sunscreens dan Chemical sunscreens.

YANG MANA SATU SESUAI UNTUK KULIT SENSITIVE? MINERAL SUNSCREENS. Sesuai juga untuk jenis kulit muka yang lain.

Mineral sunscreens ada 2 ACTIVE ingrediants: TITANIUM DIOXIDE & ZINC OXIDE. Dan fungsinya hanya untuk menghalang sinaran matahari.

Kalau korang SENSITIVE skin dan pakai CHEMICAL sunscreens, kulit korang akan terasa bahang berdenyut-denyut. Sebab Chemical sunscreens mengandungi pelbagai bahan kimia yang akan menyebabkam kulit korang menyerap sinaran UV dan akan melepaskan haba selepas bahan kimia bertindak.

3. SODIUM LAURYL SULFATES

Kebanyakan ingrediant ini ada pada shampoo dan hanya sebilangan sunscreen sahaja yang menggunakannya. Pastikan ingrediant ini tiada dalam senarai ingrediant sunscreen anda. Kalau ada, disarankan untuk berhenti sebab itu adalah penyebab kenapa kulit korang selalu je gatal2.


Untuk mudah fikir nak guna sunscreen apa. Korang boleh try KAYMAN SUNTELLA UV MILK.

 


Apa kelebihan sunscreen ni?
1. Ada SPF50+ dan PA++++. Perlindungan dari UVA dan UVB.
2. Texture putih bersusu.
3. Sedikit cair untuk mudah meresap pada kulit. Make sure korang goncang dulu sebelum korang apply kat muka.
4. Tone-up effect. Kulit korang akan nampak sekata dan cerah sedikit bila pakai.
5.  Satin finish. Kulit korang nampak glow sikit. Sis yang tak pakai bedak kompak ni puas hati sebab muka cantik je memanjang bila pakai.
6. Doubles as makeup primer. Korang yang jenis pakai makeup, boleh pakai ni. Sebab makeup korang akan jadi smooth je dan tak nampak bercapuk. Ni komen dari kawan sis. Sis tak pakai makeup jadi tak tahu sangat.
7. Mencerahkan, menenangkan, dan melembutkan kulit selain daripada melindungi kulit daripada sinaran matahari. Ni sebab ingrediant sunscreen ni ada Centella. Atau bahasa melayu kita Pengaga.
8. Yang penting sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit SENSITIVE.

INGREDIANT utama dalam KAYMAN SUNTELLA UV MILK;
1. Centella Asiatica : menenangkan dan melegakan kulit, merawat kulit, mengurangkan kemerahan (atau, redness), dan  bertindak sebagai anti-oksida.
2. Cermide NP : Mengunci kelembapan ke dalam kulit, dan mengembalikan pendinding kulit.
3. Niacinamide : Mengawal pengeluaran minyak (atau, sebum), dan memperbaiki warna kulit yang tidak sekata.
4. Panthenol : Melegakan kulit, menarik air masuk ke dalam kulit, dan mengekalkan hidrasi (atau, hydration).



















No comments:

Post a Comment

Komunikasi untuk Happy Marriage

 Hi guys and sis. Assalamualaikum😉 Apa pendapat anda dengan 'Happy Marriage'? Maksud saya macam mana kita nak dapatkan 'Happy M...